inicjalization...banner generator

Masa Itu Emas

Sejarah

Pusat Sumber SK Sungai Durian ditubuhkan serentak dengan penubuhan SKSD. Pusat Sumber beroperasi di bangunannya sendiri yang asalnya pejabat pentadbiran SK Sungai Durian. Di awal penubuhannya, Pusat Sumber diuruskan oleh Pn. Saripah Binti Abu Bakar. Setelah Pn. Saripah Binti Abu Bakar bertukar sekolah, Pusat Sumber diambil alih oleh En. Dawam Bin Arshad pada tahun 2005. Pada tahun 2006, pengurusan Pusat Sumber telah diambil alih oleh En. Azaman Bin Mahmood sehingga tahun 2007. Pada tahun 2007 pula, pengurusan Pusat Sumber diambil alih oleh En. M. Najib Bin Hisham dan pada 1 Ogos 2008 pengurusan Pusat Sumber di bawah pengurusan En. Mohd Faizul Hafiz Bin A. Razak. Pada 4 Januari 2009, Pusat Sumber telah diberi nama secara rasminya sebagai Pusat Sumber Gemilang yang bermottokan PSG Membudayakan Amalan Membaca. PSG bergerak selangkah lagi apabila pada bulan Mac 2009, PSG telah merasmikan laman blognya iaitu http://psgsksd.blogspot.com yang berperanan untuk menghebahkan berita-berita yang berkaitan dengan PSG. PSG mempunyai 3 bilik utama iaitu Bilik Perbincangan, Bilik Perpustakaan dan Bilik Tayang. PSG juga mempunyai Bilik Penyelaras dan Ruang Bacaan Berkonsepkan Santai. Pelbagai bahan bacaan disediakan untuk kegunaan murid-murid dan guru-guru SK Sungai Durian.
PSG dibantu oleh 4 orang kakitangan yang terdiri daripada guru-guru SK Sungai Durian yang telah dilantik secara rasmi oleh pihak PSG. Selain itu, seramai 10 orang pengawas PSG telah dilantik yang terdiri daripada murid-murid tahun 2 hingga tahun 6.