inicjalization...banner generator

Masa Itu Emas

Murid NILAM 2011

Tahun 1 Saga
tiada

Tahun 2 Wira
1. Dhiya Zahidah Bt Dawam - Gangsa
2. Siti Nur Kadijah Bt Rajikin - Gangsa

Tahun 3 Satria
1. Ain Iszuani Bt Samsudin - Gangsa
2. Fatin Nur Amani Bt Mohamad Azli - Gangsa

Tahun 4 Perdana
1. Dhiya Syafiqah Bt Mohamad Azmi - Perak
2. Nor Hidayah Bt Jifri - Perak
3. Fazirah Bt Abu Hashim - Gangsa
4. Mohamad Danial Bin Mohd Azamhuri - Gangsa
5. Muhammad Mustaqim Bin Badrol Sham - Gangsa
6. Mohamad Syakir Haikal Bin Abdul Razak - Gangsa

Tahun 5 Persona
1. Nur Nazurah Bt Hisam mudin - NILAM
2. Siti Nurazmira shafika Bt M. Rohadzid - Gangsa
3. Muhammad Zkahir Zikry Bin Damizan - Gangsa

Tahun 6 Exora
1. Nur Syafiqah Bt Abdul Razak - Perak
2. Mohamad zulfadhli Bin Mohamad Zahid - Gangsa

(Sumber:I-Nilam)

Soal Selidik 2/2011

Soalan : Apakah pandangan anda tentang Pusat Sumber Gemilang SK Sungai Durian ?.
Jawapan :
Memuaskan: 63.64% (7 Votes)
Sangat Memuaskan: 36.36% (4 Votes)
Tidak Memuaskan: 0% (0 Votes)

Terima kasih kepada semua responden.

Soal Selidik 1/2011

Terima kasih kepada semua responden yang menjawab soal selidik. Laporannya adalah seperti yang berikut :

a. jumlah responden : 85 orang
b. undian tertinggi iaitu sebanyak 95% mengatakan PSS SKSD menyediakan perkhidmatan pinjaman buku dan koleksi buku yang amat memuaskan.

Program 1 Murid 1 Buku

Hasil garapan idea Pn. Nor Asiah Bt Ahmad (Penasihat PSS) lahirlah program 1 Murid 1 Buku. Program ini merupakan program utama PSS pada tahun 2011. Setiap pelajar akan membaca sebuah buku mulai jam 7.30 pagi hingga 7.50 pagi di Dataran Saujana SK Sungai Durian. Pengawas PSS dengan kerjasama penyelaras PSS akan memantau perjalanan program tersebu. Progam ini telah dilancarkan pada 7 Mac 2011 dan dilaksanakan pada 8 Mac 2011.

Kempen Membaca

Kempen Membaca telah dilaksanakan secara sambutan Bulan Membaca Kebangsaan bermula dari tahun 1995 hingga 2005. Pelbagai aktiviti dan program berkaitan pembacaan telah dilaksanakan sepanjang bulan Ogos bagi tahun 1995 hingga 2000 dan Julai 2001 hingga 2005. Kempen Membaca telah dijadikan sebagai agenda tahunan bertujuan untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu dan bermaklumat dengan menjadikan amalan membaca sebagai budaya.
Mulai tahun 2006, di bawah teraju Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan kempen ini telah diperhebatkan dengan mengadakan program dan aktiviti sepanjang tahun bagi memberi impak yang lebih efektif. Pelbagai institusi telah terlibat di dalam menjayakan program dan aktiviti berkaitan pembacaan dan galakan membaca. Ia bukan sahaja dikendalikan oleh Perpustakaan Negara Malaysia tetapi juga Perpustakaan Awam Negeri, Kementerian, Jabatan, Agensi Kerajaan dan Swasta serta institusi-institusi lain. Tujuannya adalah bagi menarik penyertaan orang ramai dalam program dan aktiviti berkaitan pembacaan bagi menyuburkan minat membaca, memupuk kesedaran betapa pentingnya membaca sepanjang hayat, mengamalkan membaca dari pelbagai sumber bahan bacaan dan menjadikan membaca sebagai budaya.

Pengubahsuaian PSS 2011






Pada hari Ahad (23.01.2011) pihak PSS dengan kerjasama murid-murid tahun 3,4,5 dan 6 mengadakan gotong-royong perdana mengubahsuai susun atur perabot PSS.

Projek Pinggan Sifir



Projek terbaharu yang dijalankan oleh pusat sumber untuk kegunaan semua pelajar dengan kerjasama Panitia Matematik.

Penjenamaan Semula Pusat Sumber Gemilang SKSD




Gambar di atas : sebelum proses pengubahsuaian
Pusat Sumber Gemilang SK Sungai Durian dalam proses pengubahsuaian dan susun semula semua perabot yang terdapat di pusat sumber. Secara rasminya, pusat sumber akan dibuka pada awal Februari 2011.

KAMPUS ASTRO pendekatan terkini dalam pendidikan


ASTRO TUTORTV


Apa itu Kampus ASTRO ?.

Kampus Astro adalah salah satu inisiatif pembelajaran di bawah program tanggungjawab sosial korporat Astro. Dilancarkan pada akhir tahun 2008, misi program Kampus Astro adalah untuk membawa satu pengalaman pembelajaran yang holistik dan menyeronokkan kepada pelajar - pelajar Malaysia dengan sumbangan dekoder Astro yang mempunyai fungsi rakaman yang luas, set TV LCD dan akses kepada 13 siaran antarabangsa dan tempatan kepada lebih dari 10,000 sekolah kebangsaan dan menengah kerajaan (anggaran lebih kurang 5.2 juta pelajar) termasuk Pusat Teknologi Pendidikan Bahagian (PTPB) dan Pusat Kegiatan Guru (PKG) di seluruh Malaysia.
Di bawah program Kampus Astro ini, kami bukan hanya membekalkan set perkakas Kampus Astro dan akses kepada siaran program pembelajaran kami, malah kami juga menitikberatkan latihan penggunaan kepada guru - guru media, perkembangan kandungan pembelajran yang lebih berkualiti dan relevan untuk pelajar - pelajar Malaysia dan juga aktiviti jangkau luar bersama guru dan pelajar.
Melalui Kampus Astro ‘website' juga, kami memaklumkan kepada komuniti sekolah secara berterusan tentang jadual dan sinopsis program - program kami yang terkini untuk guru-guru mengenalpasti program yang bersesuaian untuk tahap pelajar. Ini membolehkan guru-guru membuat perancangan yang bersesuaian untuk penggunaan pembelajaran yang lebih efektif dan relevan. Kami sentiasa menggalakkan konsep 3R - iaitu Rancang, Rakam, dan Reka - untuk keberkesanan penggunaan set Kampus Astro.
Untuk pengisian Kampus Astro di sekolah, lebih dari 172 jam kandungan TV tempatan dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Tamil dan Mandarin telah dihasilkan setakat ini untuk memenuhi kehendak rakyat Malaysia di dalam pembelajaran akademik dan kemahiran hidup. Program utama kami termasuk Astro TVIQ UPSR!, PMR!, 'The English Room' dan Dunia Adik di saluran Astro 552; Astro Xiao Tai Yang - XTY Fun Tuition, Di Zi Gui dan IQ Xiao Tai Yang di Saluran Astro 325.
Untuk program rintis jangkau luar Kampus Astro, kami telah mengadakan aktiviti di 41 sekolah sekitar Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia melingkupi sekitar 6,000km, 33,500 pelajar dan 1,300 guru dalam masa 10 minggu. Matlamat program jangkau luar Kampus Astro ini ialah untuk memberi pengenalan Kampus astro kepada pelajar - pelajar dan guru - guru tentang peluang pembelajaran yang menyeronokkan yang boleh digunakan di sekolah.
Seperkara penting lagi di dalam program jangkau luar Kampus Astro adalah pembabitan 288 sukarelawan Astro yang telah berkhidmat sebanyak 3,006 jam untuk berinteraksi bersama pelajar sekolah dan menarik minat mereka tentang faedah Kampus Astro di dalam menyokong pembelajaran subjek Matematik, Sains dan juga Bahasa.
Kami di Astro akan sentiasa memberi komitmen untuk meningkatkan dan menyokong pembelajaran pelajar - pelajar Malaysia melalui perkhidmatan kami dan akan sentiasa mencari ruang untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kami.

Waktu Operasi PSG 2011

Isnin - Khamis : 8.00 pagi hingga 2.30 petang
Jumaat : 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari

Proses pinjaman dan pemulangan buku bermula pada pukul :
Isnin - Khamis : 1.10 petang
Jumaat : 12.10 tengah hari

Pondok Ilmu


Pihak penyelaras PSS akan menaik taraf Pondok Ilmu sebagai hentian sementara para pelajar untuk menambah ilmu pengetahuan.

Laman NILAM


Pihak penyelaras PSS akan mewujudkan Laman NILAM yang bertujuan untuk mempamerkan semua maklumat yang berkaitan dengan NILAM.

Sudut Cemerlang UPSR

Pihak penyelaras PSS dengan kerjasama En. Mohamad Munazir Bin Mohamad akan mewujudkan Sudut Cemerlang UPSR di kelas 6 Exora. Sudut ini akan memuatkan buku-buku rujukan UPSR untuk kegunaan semua calon UPSR 2011.

Sudut Bakul Buku

Pihak penyelaras PSS akan mewujudkan Bakul Buku di laluan Laman Nilam. Di harap semua pelajar dapat memanfaatkan sudut tersebut dengan sebaik-baik yang mungkin.