inicjalization...banner generator

Masa Itu Emas

AKTIVITI SELEPAS UPSR 2012

Pusat Sumber Gemilang SK Sungai Durian telah mengadakan satu program selepas UPSR 2012 iaitu Khidmat Bantu Selepas UPSR 2012. 








PENARAFAN PSG SKSD 2012

Pihak Pusat Sumber Gemilang SK Sungai Durian ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Pn. Nor Asiah Binti Ahmad P.J.K (guru Besar), guru-guru, pengawas-pengawas PSS dan murid-murid kerana memberi sumbangan dan tenaga dalam menjayakan penarafan bintang Pusat Sumber Gemilang SK Sungai Durian. Setelah dipantau oleh Pn. Fairuziah Binti Ghazali (PTP PKG Teluk Intan) pada 2 Ogos 2012, akhirnya Pusat Sumber Gemilang SK Sungai Durian telah diiktiraf mendapat 3 bintang.

NILAM

Pengenalan

Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) merupakan penggabungan atau adunan kesemua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. 
Merangkumi rancangan membina tabiat membaca secara terancang dan berterusan (Pengurusan)
Melalui aktiviti-aktiviti galakan membaca di sekolah (Aktiviti)
Merupakan program penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun (Penilaian)

Matlamat
Satu strategi untuk menanam minat membaca di kalangan rakyat Malaysia khususnya murid sekolah sehingga wujudnya tabiat membaca dan budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia.

Objektif
1. Menjadikan murid banyak membaca ( semua bidang , bahan berkualiti & bukan sahaja pembacaan yang berorientasikan peperiksaan)
2. Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca ini.

(SUMBER:BTPN PERAK)

PROFIL PUSAT KEGIATAN GURU (PKG)

Sejarah penubuhan PKG berlaku secara beransur-ansur bermula dengan penubuhan Pusat Sumber Tempatan pada tahun 1978 seterusnya, Pusat Media Daerah 1981. Selaras dengan konsep dan rasional penubuhan Pusat Sumber Pendidikan Negeri pada tahun 1982 – 1984 dan Pusat Sumber Sekolah di seluruh negara 1983. Pusat Media Daerah telah ditukar namanya kepada Pusat Sumber Pendidikan Daerah (PSPD) dalam tahun 1986.

Justeru, 302 buah sekolah telah dipilih untuk menempatkan Pusat Sumber Tempatan/ Pusat Media Daerah/ Pusat Sumber Pendidikan Daerah memberi khidmat kepada sekolah-sekolah di kawasan sekitarnya. Pada amnya sebuah PSPD berkhidmat untuk 15 hingga 20 buah sekolah di kawasannya.

Pusat-pusat ini diwujudkan bagi mengatasi serta memperbaiki ketidakseimbangan pencapaian pendidikan di antara bandar dan luar bandar yang bertujuan untuk memberi perkhidmatan pinjaman alatan serta menyediakan kemudahan membina bahan pengajaran dan pembelajaran.

Melalui kegiatan-kegiatan PSPD pihak Kementerian Pendidikan berhasrat meluaskan penggunaan teknologi dalam pendidikan untuk mempertingkatkan taraf pengajaran dan pembelajaran. PSPD dianggap sebagai agen untuk membiasakan guru-guru khasnya guru-guru luar bandar dengan teknologi pendidikan.

Pada tahun-tahun seterusnya, disedari bahawa istilah PSPD menimbulkan kekeliruan disebabkan istilah ‘Daerah’ yang digunakan kepada PSPD sebenarnya tidak mencerminkan satu daerah pentadbiran kerana di dalam sesuatu daerah pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah lazimnya terdapat lebih daripada sebuah PSPD.

Dalam pada itu beberapa perkembangan yang telah dialami dalam bidang pendidikan hasil daripada meningkatnya keperluan profesional guru-guru, PSPD ditukar namanya kepada Pusat Kegiatan Guru serta diberikan peranan yang lebih luas.

Pertukaran nama ini adalah untuk memberi satu gambaran baru sebenar tentang aktiviti yang dijalankan di pusat ini. Merujuk kepada surat Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia bertarikh 14 Ogos 1990 yang ditujukan kepada semua Pengarah Pendidikan Negeri, PKG adalah merupakan pusat logistik bagi hal-hal pengajaran dan pembelajaran. Ianya juga berfungsi sebagai satu pusat di mana perbincangan di kalangan guru-guru setempat di atas isu-isu dan masalah-masalah profesional dapat diadakan.

(SUMBER:PORTAL BTPN PERAK)

PROFIL BTPN PERAK

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak (BTPN Perak) bernaung di bawah Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Kewujudan BTPN Perak diperakukan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kementerian Pendidikan Malaysia pada bulan Jun 1995.

BTPN Perak dahulunya dikenali sebagai Pusat Sumber Pendidikan Negeri Perak, terletak di Jalan Tun Perak, Ipoh. Bermula pada 7 Januari 2004, BTPN Perak telah beroperasi di bangunan baru di Jalan Tawas Baru Utara, Tasek Damai, Ipoh, Perak.

BTPN Perak diberi tanggungjawab meningkat dan memperluaskan penggunaan Teknologi Pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Terdapat 50 buah Pusat Kegiatan Guru di bawah rangkaian BTPN Perak.

(SUMBER:PORTAL BTPN PERAK)

PEMANTAUAN PSS, MEDIA, NILAM DAN ICT 2012

Pemantauan tersebut telah diadakan pada 2 Ogos 2012. Pemantauan tersebut diketuai oleh Pn. Fairuziah Binti Ghazali (PTP PKG Teluk Intan). Pihak sekolah amnya dan pihak PSS khususnya merakamkan jutaan terima kasih kepada beliau di atas sumbang saran dan khidmat bantu yang diberikan pada hari ini.

SSQS 2012


Tahniah diucapkan kepada Penyelaras Bestari SK Sungai Durian iaitu En. Mohamad Munazir Bin Mohamad kerana SK Sungai Durian telah mendahului pengisian SSQS 2012.




APLIKASI SISTEM PENGURUSAN PUSAT SUMBER (SPPS) v1.0

Aplikasi SPPS dibangunkan oleh guru perpustakaan dan media (GPM ) iaitu En. Mohd Faizul Hafiz Bin A. Razak untuk kegunaan beliau sendiri. Walaubagaimanapun, semua GPM di bawah PKG Teluk Intan boleh memuat turun sistem ini untuk kegunaan tuan/puan. Namun, ia tidak selengkapnya dan beliau tidak bertanggungjawab ke atas semua maklumat yang terdapat dalam sistem tersebut sekiranya berlaku sebarang gangguan sistem.
Harap maklum.

1. Manual penggunaan. Klik di sini (1) dan di sini (2).
2. Aplikasi SPPS. Klik di sini.

SISTEM PENGURUSAN PUSAT SUMBER v1.0


Sistem ini telah dibangunkan oleh guru penyelaras PSS/Media SK Sungai Durian iaitu cikgu Faizul untuk kegunaan dalaman pss di bawah pengelolaan beliau.

WAKTU OPERASI 2012

ISNIN - KHAMIS
8.00 PAGI - 2.30 PETANG

JUMAAT
8.00 PAGI - 12.00 TENGAH HARI

SABTU
AKAN DIMAKLUMKAN KEMUDIAN

AHAD, CUTI UMUM DAN CUTI SEKOLAH
TUTUP