inicjalization...banner generator

Masa Itu Emas

Soal Selidik 2/2011

Soalan : Apakah pandangan anda tentang Pusat Sumber Gemilang SK Sungai Durian ?.
Jawapan :
Memuaskan: 63.64% (7 Votes)
Sangat Memuaskan: 36.36% (4 Votes)
Tidak Memuaskan: 0% (0 Votes)

Terima kasih kepada semua responden.

Soal Selidik 1/2011

Terima kasih kepada semua responden yang menjawab soal selidik. Laporannya adalah seperti yang berikut :

a. jumlah responden : 85 orang
b. undian tertinggi iaitu sebanyak 95% mengatakan PSS SKSD menyediakan perkhidmatan pinjaman buku dan koleksi buku yang amat memuaskan.

Program 1 Murid 1 Buku

Hasil garapan idea Pn. Nor Asiah Bt Ahmad (Penasihat PSS) lahirlah program 1 Murid 1 Buku. Program ini merupakan program utama PSS pada tahun 2011. Setiap pelajar akan membaca sebuah buku mulai jam 7.30 pagi hingga 7.50 pagi di Dataran Saujana SK Sungai Durian. Pengawas PSS dengan kerjasama penyelaras PSS akan memantau perjalanan program tersebu. Progam ini telah dilancarkan pada 7 Mac 2011 dan dilaksanakan pada 8 Mac 2011.

Kempen Membaca

Kempen Membaca telah dilaksanakan secara sambutan Bulan Membaca Kebangsaan bermula dari tahun 1995 hingga 2005. Pelbagai aktiviti dan program berkaitan pembacaan telah dilaksanakan sepanjang bulan Ogos bagi tahun 1995 hingga 2000 dan Julai 2001 hingga 2005. Kempen Membaca telah dijadikan sebagai agenda tahunan bertujuan untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu dan bermaklumat dengan menjadikan amalan membaca sebagai budaya.
Mulai tahun 2006, di bawah teraju Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan kempen ini telah diperhebatkan dengan mengadakan program dan aktiviti sepanjang tahun bagi memberi impak yang lebih efektif. Pelbagai institusi telah terlibat di dalam menjayakan program dan aktiviti berkaitan pembacaan dan galakan membaca. Ia bukan sahaja dikendalikan oleh Perpustakaan Negara Malaysia tetapi juga Perpustakaan Awam Negeri, Kementerian, Jabatan, Agensi Kerajaan dan Swasta serta institusi-institusi lain. Tujuannya adalah bagi menarik penyertaan orang ramai dalam program dan aktiviti berkaitan pembacaan bagi menyuburkan minat membaca, memupuk kesedaran betapa pentingnya membaca sepanjang hayat, mengamalkan membaca dari pelbagai sumber bahan bacaan dan menjadikan membaca sebagai budaya.

Pengubahsuaian PSS 2011






Pada hari Ahad (23.01.2011) pihak PSS dengan kerjasama murid-murid tahun 3,4,5 dan 6 mengadakan gotong-royong perdana mengubahsuai susun atur perabot PSS.

Projek Pinggan Sifir



Projek terbaharu yang dijalankan oleh pusat sumber untuk kegunaan semua pelajar dengan kerjasama Panitia Matematik.