inicjalization...banner generator

Masa Itu Emas

PROFIL PUSAT KEGIATAN GURU (PKG)

Sejarah penubuhan PKG berlaku secara beransur-ansur bermula dengan penubuhan Pusat Sumber Tempatan pada tahun 1978 seterusnya, Pusat Media Daerah 1981. Selaras dengan konsep dan rasional penubuhan Pusat Sumber Pendidikan Negeri pada tahun 1982 – 1984 dan Pusat Sumber Sekolah di seluruh negara 1983. Pusat Media Daerah telah ditukar namanya kepada Pusat Sumber Pendidikan Daerah (PSPD) dalam tahun 1986.

Justeru, 302 buah sekolah telah dipilih untuk menempatkan Pusat Sumber Tempatan/ Pusat Media Daerah/ Pusat Sumber Pendidikan Daerah memberi khidmat kepada sekolah-sekolah di kawasan sekitarnya. Pada amnya sebuah PSPD berkhidmat untuk 15 hingga 20 buah sekolah di kawasannya.

Pusat-pusat ini diwujudkan bagi mengatasi serta memperbaiki ketidakseimbangan pencapaian pendidikan di antara bandar dan luar bandar yang bertujuan untuk memberi perkhidmatan pinjaman alatan serta menyediakan kemudahan membina bahan pengajaran dan pembelajaran.

Melalui kegiatan-kegiatan PSPD pihak Kementerian Pendidikan berhasrat meluaskan penggunaan teknologi dalam pendidikan untuk mempertingkatkan taraf pengajaran dan pembelajaran. PSPD dianggap sebagai agen untuk membiasakan guru-guru khasnya guru-guru luar bandar dengan teknologi pendidikan.

Pada tahun-tahun seterusnya, disedari bahawa istilah PSPD menimbulkan kekeliruan disebabkan istilah ‘Daerah’ yang digunakan kepada PSPD sebenarnya tidak mencerminkan satu daerah pentadbiran kerana di dalam sesuatu daerah pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah lazimnya terdapat lebih daripada sebuah PSPD.

Dalam pada itu beberapa perkembangan yang telah dialami dalam bidang pendidikan hasil daripada meningkatnya keperluan profesional guru-guru, PSPD ditukar namanya kepada Pusat Kegiatan Guru serta diberikan peranan yang lebih luas.

Pertukaran nama ini adalah untuk memberi satu gambaran baru sebenar tentang aktiviti yang dijalankan di pusat ini. Merujuk kepada surat Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia bertarikh 14 Ogos 1990 yang ditujukan kepada semua Pengarah Pendidikan Negeri, PKG adalah merupakan pusat logistik bagi hal-hal pengajaran dan pembelajaran. Ianya juga berfungsi sebagai satu pusat di mana perbincangan di kalangan guru-guru setempat di atas isu-isu dan masalah-masalah profesional dapat diadakan.

(SUMBER:PORTAL BTPN PERAK)

PROFIL BTPN PERAK

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak (BTPN Perak) bernaung di bawah Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Kewujudan BTPN Perak diperakukan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kementerian Pendidikan Malaysia pada bulan Jun 1995.

BTPN Perak dahulunya dikenali sebagai Pusat Sumber Pendidikan Negeri Perak, terletak di Jalan Tun Perak, Ipoh. Bermula pada 7 Januari 2004, BTPN Perak telah beroperasi di bangunan baru di Jalan Tawas Baru Utara, Tasek Damai, Ipoh, Perak.

BTPN Perak diberi tanggungjawab meningkat dan memperluaskan penggunaan Teknologi Pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Terdapat 50 buah Pusat Kegiatan Guru di bawah rangkaian BTPN Perak.

(SUMBER:PORTAL BTPN PERAK)

PEMANTAUAN PSS, MEDIA, NILAM DAN ICT 2012

Pemantauan tersebut telah diadakan pada 2 Ogos 2012. Pemantauan tersebut diketuai oleh Pn. Fairuziah Binti Ghazali (PTP PKG Teluk Intan). Pihak sekolah amnya dan pihak PSS khususnya merakamkan jutaan terima kasih kepada beliau di atas sumbang saran dan khidmat bantu yang diberikan pada hari ini.

SSQS 2012


Tahniah diucapkan kepada Penyelaras Bestari SK Sungai Durian iaitu En. Mohamad Munazir Bin Mohamad kerana SK Sungai Durian telah mendahului pengisian SSQS 2012.